Yen dan Swiss Franc Jatuh Pada Setiap Sesi Pasaran Lepas

52

Dolar US sedikit meningkat berbanding yen pada sesi Asia hari ini, keluar dari paras terendah empat bulan yang lalu selepas risiko geopolitik antara US dan Korea Utara semakin reda.

Akhbar rasmi Korea Utara semalam mengeluarkan kenyataan, Pyongyang akan sentiasa mengawasi tindakan US lebih lama sebelum mengeluarkan sebarang keputusan tentang serangan peluru berpandu ke atas Guam.

“Retorik sekarang adalah pelonggaran (easing), saya rasakan pasaran sedang menuju ke arah itu” kata Stephen Innes, ketua perdagangan OANDA Asia Pasifik di Singapura, merujuk kepada pelonggaran para pelabur terhadap krisis antara US dan Korea Utara.

Greenback juga meningkat selepas Presiden Fed New York, William Dudlely dalam temu ramah bersama wartawan pada Khamis minggu lepas menyatakan beliau akan memihak kepada kenaikan kadar faedah tahun ini jika ekonomi berkembang sejajar dengan jangkaannya.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain meningkat 0.04% kepada 93.38 setakat jam 9.30 pagi.

Pasangan matawang USD/JPY meningkat 0.46% kepada 110.14, keluar daripada paras 4 bulan terendah pada 108.72. Matawang safe haven Swiss franc juga melemah berbanding dolar dengan USD/CHF meningkat 0.2% kepada 0.9734.

Sentimen risk-off semakin pudar selepas kedua-dua matawang yen dan swiss franc melemah pada setiap sesi pasaran yang lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat