4 Airdrop Menarik Jika Anda Mahu Pelbagaikan Portfolio Kripto!

1,227

Airdrop, event kripto yang mana penyedia akan mengedarkan sejumlah token secara percuma. Kedua-dua pihak akan mendapat manfaat daripada airdrop yang dilancarkan.

Misalnya, penyedia akan mendapat perhatian dan kecairan token akan meningkat. Pada masa yang sama, penerima tidak perlu membayar apa-apa.

Berikut adalah antara airdrop yang mungkin menarik perhatian anda!

1. CHAINGE

Menerusi airdrop yang dilancarkan Chainge, pihak mereka memerlukan sebanyak mungkin pendaftaran (sign up) sebelum pelancaran rasmi. Anda berpeluang menerima 200 points dan 10 points bonus bagi setiap pengguna yang anda syorkan. Points itu kemudian akan ditukarkan 1:1 kepada token CHNG sebaik sahaja ia menembusi pasaran.

Chainge adalah projek yang menawarkan pengguna perkhidmatan kewangan berdasarkan kod komputer. Ini bermakna selepas ini pengguna berupaya untuk mengurus aset mereka tanpa pihak ketiga.

2. UNISWAP

Airdrop Uniswap telah berlangsung sejak September 2020 ketika pelancaran tokennya, UNI. Airdrop ini digalakkan kepada pengguna yang sejak awal lagi bersama Uniswap.

Pengguna long-term, penyedia kecairan (liquidity provider, LP) dan pemilik SOCKS yang menghantar screenshot pada 1 September 2020 boleh menuntut 15% token UNI-Genesis dalam kitaran semasa.

LP long-term juga boleh mendapatkan 49 juta UNI. Manakala pemilik SOCKS yang menukarkan kepada token atau masih menyimpannya boleh menerima 1000 UNI.

3. BASIC ATTENTION TOKEN

Pembuat kandungan dan pengguna internet boleh menggunakan token untuk mendapatkan tunai. Pengguna pelayar web Brave yang mengaktifkan ikan Brave akan mendapat token BAT semasa browsing.

Selain itu, pengguna pelayar web juga berpeluang untuk menerima antara 20-40 BAT pada setiap hujung bulan.

4. UMA

Anda tidak akan mendapat token secara langsung tetapi jumlah nilai terkunci (TVL) token UMA anda akan meningkat.
UMA telah memperuntukkan dua juta token UMA untuk airdrop dan ketika ini bernilai sekitar $60 juta. Token tersebut akan diedarkan dalam kalangan komuniti UMA dan lima komuniti DeFi yang lain seperti Yearn, Yam, SushiSwap, Badger DAO dan Balancer.

Dengan insentif tersebut, peserta berpeluang untuk menyimpan token dalam beberapa tempoh masa dan bukannya terus menjual dengan segera.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat