4 Faktor Yang Menyokong Kadar Faedah BOC Kekal Di Paras 1.00% Malam Ini

53

Pada tahun 2015, bank pusat Kanada (BOC) telah mengurangkan kadar faedah mereka sebanyak 50 mata asas (bps) atau sebanyak 0.50% kepada 0.75%. Namun sejak dua pertemuan lalu, bank pusat telah membuat kejutan dengan menaikkan semula kadar faedah sebanyak 25 bps kepada 1.00%.

BOC dijadualkan mengeluarkan laporan penetapan kadar faedah pada jam 10 malam hari Rabu. Kebanyakkan penganalisis meramalkan BOC akan mengekalkan kadar faedah di paras 1.00%. Antara faktor yang menyokong jangkaan ini adalah seperti berikut:

  • Paras inflasi masih di bawah sasaran 2 peratus, oleh itu bank pusat memerlukan masa untuk menilai impak peningkatan kadar yang baru dilakukan serta kesan terhadap kekuatan matawang CAD.
  • Regulasi baru bagi mengurangkan risiko dalam sektor perumahan kepada ekonomi yang dikenali sebagai macro prudential housing bakal dijalankan bermula Januari 2018
  • Risiko perjanjian NAFTA semakin meningkat
  • Kenyataan umum bank pusat yang kurang hawkish apabila Timbalan Gabenor BOC, Timothy Lane menjelaskan ekonomi sensitif dengan pengukuhan matawang CAD dan peningkatan kadar faedah.

Kesimpulan

Walaupun BOC dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 1.00% pada tahun ini, namun ahli ekonomi masih melihat akan berlakunya peningkatan semula kadar bermula Januari dan Julai tahun. Namun begitu, sekiranya US keluar daripada NAFTA, jangkaan tersebut akan merosot kerana ianya akan memberi impak yang besar kepada ketidaktentuan dalam aktiviti ekonomi Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat