7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (24-28 Jan 2021)

981

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Isnin 5.00 Petang): Memasuki minggu-minggu di penghujung bulan, bacaan data bagi aktiviti sektor ekonomi akan diberi tumpuan. Sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dinilai akan mengalami sedikit penurunan dengan tumpuan di Jerman sebagai ekonomi terbesar Eropah.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Isnin 5.30 Petang): Bakal menyusuli, data bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK pula dengan ramalan tiada perubahan ketara pada angka bacaan.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Isnin 10.45 Malam): Dengan gelombang coronavirus varian Omicron yang melanda baru-baru ini, pasaran berkemungkinan menilai bahawa aktiviti sektor ekonomi utama bagi ekonomi terbesar dunia juga turut terjejas.

Data Inflasi Australia (Selasa 8.30 Pagi): Menjadi data penting tumpuan bank pusat, kadar inflasi Australia untuk suku terakhir 2021 diramalkan akan meningkat lebih tinggi mengatasi inflasi untuk sepanjang tahun 2021.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Bank of Canada (BOC) antara yang terawal memasuki fasa pengetatan polisi selepas pandemik, namun pada mesyuarat kali ini pasaran belum lagi cukup yakin untuk melihat BOC terus meningkatkan kadar faedah.

Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Bakal menjadi acara tumpuan utama pada minggu ini, pelabur menantikan isyarat lebih jelas oleh Federal Reserve (Fed) untuk perkembangan langkah tapering dan juga petunjuk untuk kenaikan kadar faedah tahun ini pada mesyuarat polisi.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 9.30 Malam): Bacaan awal bagi data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku keempat 2021 bakal memberi kesan terhadap pergerakan mata wang US dolar di penghujung minggu dengan jangkaan KDNK AS bakal catat angka yang meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat