8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Julai 2022)

620

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi New Zealand (Isnin 6.45 Pagi): Bacaan bagi data indeks harga pengguna New Zealand yang diterbitkan di sesi Asia pembukaan pasaran minggu ini menunjukkan kadar inflasi New Zealand untuk suku kedua 2022 melonjak ke paras tertinggi untuk tempoh 32 tahun. Ini akan terus menyokong langkah pengetatan dasar oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 4.30 Petang): Bank of England (BOE) akan meneliti sektor buruh di UK menerusi laporan yang akan diterbitkan minggu ini yang berkemungkinan boleh mempengaruhi keputusan mesyuarat polisi di awal Ogos nanti.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Turut akan menjadi tumpuan BOE adalah bacaan tahunan indeks harga pengguna UK untuk bulan Jun dengan jangkaan awal pasaran adalah peningkatan angka yang berterusan untuk terus mengatasi rekod inflasi tertinggi 40 tahun.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Kadar inflasi di Kanada dijangka akan turut meningkat pada bacaan indeks harga pengguna yang terbaru. Bank of Canada (BOC) minggu lalu telah menggemparkan pasaran dengan kenaikan kadar faedah yang agresif sebanyak 100 mata asas.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 8.15 Malam): Pelabur menantikan keputusan mesyuarat polisi oleh European Central Bank (ECB) setelah beberapa kali isyarat untuk kenaikan kadar faedah yang pertama dalam tempoh lebih sedekad oleh Presiden Christine Lagarde.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Jumaat 3.30 Petang): Bacaan bagi data sektor ekonomi tumpuan di Eropah akan menjadi tumpuan untuk pelabur menilai tahap kesihatan semasa bagi ekonomi Eropah khususnya di Jerman. Bacaan terbaru untuk bulan Julai dijangka sedikit susut.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Bacaan data bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dijangka suram, namun masih kekal di paras yang stabil.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Jumaat 9.45 Malam): Sektor ekonomi penting di Amerika Syarikat dijangka sedikit merosot dengan beberapa faktor yang memberi tekanan terhadap ekonomi terbesar di dunia itu. Bacaan data terbaru diramalkan sedikit menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat