Adakah 27 Negara EU Akan Bersetuju Dengan Rangsangan Fiskal Pada Julai Ini? Ini Pandangan Pegawai Eropah!

728

Persoalan adakah Kesatuan Eropah akan meneruskan rancangan pelan membuat pinjaman berbillion dolar daripada pasaran kewangan pada musim panas ini, masih menjadi tanda tanya. Walaubagaimanapun, pada hari ini, seorang pegawai Eropah telah mengeluarkan jangkaan bahawa Kesatuan Eropah akan bersetuju dalam hal tersebut walaupun sesama sendiri mempunyai pandangan berbeza dalam bagaimana menangani kejutan ekonomi impak dari wabak Covid-19.

Negara-negara Eropah telah berusaha keras untuk mengumpulkan sebanyak 750 billion euros ($ 847 bilion) di pasaran awam sejak Suruhanjaya Eropah menyampaikan gagasan itu pada akhir Mei lepas.

Rundingan mengenai hal ini masih berjalan walaupun beberapa negara anggota EU telah menyatakan keenganan untuk menuruti langkah yang diusahakan tersebut kerana takut mengambil risiko terlalu banyak untuk pembayar cukai.

Walaubagaimapun dalam persidangan atas talian, Pesuruhjaya Eropah Paolo Gentiloni mengatakan bahawa beliau “yakin” bahawa negara-negara anggota mensisihkan perbezaan yang ada. Beliau merasakan bahawa ruang untuk perbincangan masih berlaku dan rincian langkah Suruhanjaya itu dapat disesuaikan mengikut keadaan.

Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa langkah ini adalah langkah yang tepat dimana kesemua negara-negara EU berhadapan dengan krisis Covid-19. 27 pemimpin Eropah akan melakukan rundingan secara bersama pada hari ini.

Beberapa isu yang akan dibincangkan ialah mengenai berapakah jumlah yang sepatutnya dikumpulkan dan berapa yang harus diberikan. Selain itu turut akan dibincangkan ialah konsep manakah yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam meningkatkan hutang baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat