Adakah Fed Powell Akan Pengaruhi Keputusan OPR BNM?

288

Pasti sudah ramai yang tahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan keputusan dasar monetari untuk bulan Mac pada hari Khamis (9 Mac).

Ramai juga yang menjangkakan kenaikan sebanyak 25 mata asas dan ada yang turut meramalkan bank pusat itu akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Antara yang melihat kemungkinan pelaksanaan kadar sebanyak 25 mata asas adalah RHB Research, di mana kadar dasar semalaman (OPR) diunjurkan memuncak pada 3.25%.

Berbeza pula dengan Bank Islam Malaysia Bhd yang meramalkan BNM akan membiarkan kadar faedah tidak berubah pada tahap semasa 2.75%.

Menyokong kepada jangkaan tersebut adalah tinjauan baru oleh Reuters yang melihatkan bank pusat itu akan mengambil langkah yang sama dengan mengekalkan OPR tetapi menaikkannya pada suku seterusnya kepada 3.00%.

Sementara penganalisis Bank Muamalat Malaysia Bhd pula mengatakan terdapat kemungkinan untuk ia dikekalkan, tetapi adalah wajar jika ia dinaikkan kerana kadar faedah yang rendah boleh memudaratkan ekonomi.

Pun begitu, selepas menyaksikan apa yang berlaku di Amerika Syarikat susulan kenyataan terbaru Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, adakah pasaran masih meletakkan jangkaan yang sama?

Semuanya akan ditentukan pada hari esok.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat