Adakah Rundingan Brexit EU-UK Berhadapan Dengan Kegagalan?

244

Rundingan perdagangan EU-UK masih lagi jauh dari mencapai kesepakatan dalam tiga isu utama yang masih berlarutan sehingga kini iaitu isu persaingan, perikanan dan jalan penyelesaian perselisihan. Laporan ini dilaporkan daripada kenyataan eksekutif kedua-dua blok.

Setelah hampir 2 minggu rundingan antara UK dan Kesatuan Eropah bagi meneruskan perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah merangkumi 27 negara dengan Britain bemula tahun 2021. Rundingan tersebut berada dalam fasa peringkat akhir bagi memeterai perjanjian perdagangan baru pada 15 November.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Eropah, setakat ini belum ada solusi dalam masalah perikanan dan masih banyak gerak kerja perlu dilaksanakan. Dalam sumber berbeza, seorang diplomat EU yang ikut serta dalam rundingan Brexit mengatakan bahawa perselisihan masih berlaku berhubung pembahagian stok ikan, termasuk permintaan Britain untuk perundingan kuota tahunan.

Disisi pihak Britain juga menyatakan hal yang senada bahawa tidak banyak kemajuan dalam rundingan isu perikanan.

Walaubagaimanapun, Menteri Luar Negeri Ireland mengatakan secara berasingan pada hari Selasa bahawa beliau masih percaya bahawa EU akan mengadakan perjanjian dengan Britain namun ia agak sukar untuk dilakukan dalam tempoh waktu yang berbaki.

Pasaran turut memberi tumpuan pada keputusan mesyuarat Bank of England (BOE) pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat