Adakah Trump Akan Menghapuskan Pengenaan Tarif Terhadap China Akibat Penularan Wabak Koronavirus?

452

Penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro mengeluarkan pandanganya mengenai pengenaan tarif dan wabak koronavirus bahawa pentadbiran A.S tidak akan menghapuskan tarif ke atas barangan import China jika penularan wabak koronavirus yang mematikan tersebut akan beri impak buruk terhadap ekonomi China.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Navarro bagi menjawab pertanyaan yang diajukan oleh beliau tentang adakah AS akan menarik kembali pengenaan tarif jika impak virus koronavirus beri kesan buruk terhadap ekonomi dan disamping China juga iltizam untuk mematuhi terma-terma perjanjian perdagangan “fasa pertama”.

Wabak Koronavirus yang memberbahaya tersebut telah membunuh sekurang-kurangnya melebihi 140 orang dan telah menjangkiti lebih daripada 6000 orang di seluruh dunia dan China merupakan pusat epidemik.

Rentetan penularan wabak Koronavirus, syarikat-syarikat dan kilang-kilang di China telah diarah tutup oleh kerajaan China kerana khuatir ia akan menmburukkan lagi keadaan. Beberapa pihak turut memberi amaran bahawa terdapat kerosakan dalam rantaian bekalan di China. Salah serorang pengurus syarikat Amerika Syarikat menjangkakan impak dari wabak ini akan berpanjangan sehingga 6 bulan lamanya.

Disisi lain, senat A.S telah meluluskan perjanjian perdagangan antara A.S-Mexico-Kanada yang berlangsung pada 16 Januari lalu iaitu satu hari selepas Trump menandatangani perjanjian fasa satu dengan China.

Trump mengatakan bahawa pihak A.S akan mengekalkan tarif yang dikenakan tetapi beliau akan bersetuju untuk membatalkannya jika perjanjian perdagangan fasa dua dapat dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat