ADP-NFP: Amerika Tambah 219,000 Pekerjaan Sektor Swasta Pada Bulan Lalu

497

Jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat bertambah sebanyak 219,000 pada bulan lalu lebih daripada jangkaan pasaran 186,000. Tidak banyak reaksi matawang US dolar selepas data ini dikeluarkan pada pukul 8.15 malam tadi dengan matawang greenback sedikit lemah setakat ini.

Data pekerjaan ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing), manakala data NFP pula dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. sendiri.

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak positif sejak beberapa bulan lalu. Namun, pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data hari ini menunjukkan prestasi yang kekal kukuh di Amerika Syarikat dan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 3 Ogos ini bersamaan hari Jumaat, laporan data pekerjaan Non-Farm Payroll untuk bulan Julai akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang besar kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat