Akhirnya, ‘Bateri’ Tahan Lama Nokia Mati Juga Di Tangan Putin

5,865

‘Habis orang Rusia lepas ni kalau kena kejar anjing tak boleh campak phone 3310 dah.’

Jenama telefon terkenal dari Finland, Nokia secara rasmi akan menutup operasinya sementara pesaing dari Sweden iaitu Ericsson akan beransur-ansur keluar dari pasaran Rusia menjelang tahun depan.

Difahamkan Ericsson akan perlahan-lahan mematikan operasinya selepas bertindak menggantung perniagaan pada April tatkala Nokia mengambil keputusan untuk terus berundur diri dari Rusia.

Perkara ini telah disahkan oleh jurucakap Nokia melalui satu kenyataan rasmi dengan mengatakan syarikat akan ‘move on’ dari Rusia dengan penutupan pejabat menjelang akhir tahun.

Sungguhpun begitu, Nokia mengatakan bahawa mereka akan mengekalkan kehadirannya di Rusia sehingga penutupan selesai.

Menurut kenyataan tersebut, Nokia akan terus menyelenggara rangkaian di Rusia bagi memenuhi kewajipan kontrak dan dasar kemanusiaan.

Di sisi berbeza, pihak Ericsson telah merekodkan peruntukan 900 juta Crown pada suku pertama atas penjejasan aset serta kes luar biasa lain yang berkaitan dengan pemindahan keluar dari Rusia.

Sebagai pengetahuan, Ericsson telah memberi cuti bergaji kepada para pekerja sejak penggantungannya pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, pengendali mudah alih Rusia iaitu MTS dan Tele2 akan bergantung kepada syarikat dari China, Huawei serta ZTE ekoran pengeluaran 2 syarikat telefon tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat