Amazon Lancarkan Permainan ‘Cloud Quest’ Di Metaverse, Adakah NFT Akan Menyusul?

238

Amazon telah rasmikan pelancaran permainan berasaskan metaverse, AWS Cloud Quest.

Sebagai rekod, ini merupakan usaha Amazon yang pertama mengetengahkan konsep metaverse bersama kehadiran permainan 3D.

Difahamkan objektif Cloud Quest adalah untuk merancakkan Perkhidmatan Web Amazon (AWS).

Apa itu AWS?

Juga dikenali sebagai Amazon Web Services, ia merupakan sebuah platform pengkomputeran awan gergasi yang banyak digunakan seluruh dunia.

AWS berupaya untuk mengawal mana-mana syarikat luar dari pelayan mereka dan disebabkan itu, ramai juga yang mempertikaikan perkhidmatan ini yang kononnya desentralisasi tetapi sebenarnya berpusat.

AWS Cloud Quest

Kehadiran permainan ini membolehkan pengguna untuk menyelesaikan isu IT yang terkait dengan pengkomputeran awan melalui simulasi dan puzzles.

Ketika Amazon cuba untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan penggunanya tentang kepentingan dan manfaat AWS, mereka juga mahu merancakkan penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kehadiran AWS Cloud Quest dan AWS Educate jelas sudah berpisah daripada kandungan pasif yang disediakan selama ini:

“Kami mahu mewujudkan konsep pengkomputeran awan yang abstrak dan realistik melalui aktiviti interaktif bersifat hands-on. Pengguna akan lebih mudah untuk faham teori sebelum dipraktikkan.”

AWS Cloud Quest juga mungkin satu peluang untuk Amazon perkenalkan mata wang kripto atau non-fungible token (NFT) pada kemudian hari.

Sebelum ini pun ada ura-ura yang mengatakan Amazon akan terima mata wang kripto tetapi disangkal oleh jurucakap syarikat gergasi itu.

Apa-apa pun, hanya masa akan menjawab teka-teki ini.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat