Amboi! Laju Je USD Terbang, Sampai Menjunam Euro

881

Prospek terhadap rangsangan fiskal Amerika Syarikat yang meningkat terus memacu penanda aras hasil bon AS 10 tahun untuk menokok lebih tinggi pada 1.10% pada pembukaan dagangan Eropah hari ini, sekali gus mendorong lonjakan US dolar.

Peningkatan ini menyusuli kemenangan Demokrat dalam menguasai Senat dan Presiden terpilih Joe Biden, yang meningkatkan jangkaan terhadap pelaksanaan langkah rangsangan lebih besar.

Hasil bon AS yang lebih tinggi turut memacu kenaikan bagi pasangan matawang USD/JPY menjelang dagangan hujung minggu, di mana buat pertama kali harga mencecah paras 104.00 pada awal sesi Eropah.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama melonjak ke sekitar paras harga 90.00, jauh meninggalkan paras terendah hampir 3 tahun yang dicatatkan pada hari Rabu, 89.16.

Lonjakan ini telah menolak dagangan euro untuk menjunam lebih rendah ke paras terendah satu minggu berbanding US dolar.

Sementara dagangan pound sedikit meningkat susulan harapan yang diberikan oleh Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengenai vaksin Covid-19, namun matawang itu kekal diniagakan di bawah tekanan berikutan ancaman peningkatan kes coronavirus yang makin membimbangkan.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP AS dan data pekerjaan Kanada malam ini yang dijangka menunjukkan pertumbuhan yang lemah pada bulan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat