Amboi Rusia, Tak Mengaku Pulak!

454

Pemerintah AS semalam telah mengesahkan bahawa rangkaian komputer mereka telah berhadapan dengan serangan siber. Menurut sebuah laporan, sekurang-kurangnya 2 jabatan telah menjadi sasaran penggodam negara Rusia.

Sehubungan dengan itu, Badan Keselamatan Siber dan Keselamatan Infrastruktur telah bekerjasama dengan rakan agensi mereka mengenai kegiatan yang baru dikesan di rangkaian pemerintah berkenaan.

Selain itu, serangan tersebut turut dikaitkan dengan insiden minggu lalu terhadap firma keselamatan siber FireEye, yang mendedahkan bahawa sistem pertahanan mereka telah diceroboh oleh penggodam pakar yang mencuri peralatan yang digunakan untuk menguji sistem komputer pelanggan. Berikutan dengan itu, mereka mengesyaki bahawa serangan itu ditaja oleh kerajaan.

Berdasarkan sebuah laporan, FBI dikhabarkan sedang menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang bekerja untuk perkhidmatan perisik asing Rusia, SVR, dan penggodaman tersebut telah terjadi selama berbulan-bulan.

Lebih mengejutkan ialah kumpulan yang sama juga dilaporkan menggodam agensi pemerintah AS semasa pemerintahan Obama.

Walau bagaimanapun, kedutaan Rusia di AS menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Tambahnya lagi, kegiatan berkenaan adalah bertentangan dengan prinsip dasar luar Rusia, kepentingan nasional dan menjejaskan hubungan antara negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat