Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (25 Oktober 2018)

411

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 13 September.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 25 Oktober 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • Komen hawkish dari Mario Draghi. Beliau berkata inflasi utama akan meningkat hujung tahun.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
  • Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro menaik kepada 2.1% pada September 2018 berbanding 2.0% sebelumnya.

PLAN: SELL EURO.

  • Ketidaktentuan politik di Jerman dan geopolitik Brexit.
  • Suruhanjaya Eropah telah menolak draf bajet 2019 kerajaan Itali kerana melanggar peraturan Kesatuan Eropah.
  • Data PMI di Zon Eropah meleset.
  • Mesyuarat ECB hari ini dijangka berisiko dimana pelabur akan memberi perhatian terhadap sebarang komen mengenai krisis Itali.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat