Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (27 Jun 2019)

149

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • RBNZ memotong kadar faedah kepada paras 1.50% pada mesyuarat Jun 2019 dengan nada dovish.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 7 Ogos 2019.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
  • RBNZ berkata bahawa kadar faedah yang lebih rendah mungkin diperlukan dari masa ke masa untuk memenuhi objektif inflasi dan pekerjaan berikutan keadaan global yang semakin meningkat dan risiko penurunan pertumbuhan ekonomi.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand mencatatkan peningkatan 2.5% tahun ke tahun pada suku pertama tahun 2019, yang menyamai peningkatan 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Harga pengguna di New Zealand meningkat 1.5% tahun ke tahun pada suku pertama 2019, turun dari 1.9% dalam tiga bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan 1.7%.
  • Kadar pengangguran New Zealand turun kepada 4.2% pada suku pertama 2019 daripada 4.3% pada tempoh sebelumnya, sama sepertu jangkaan pasaran dan hampir 10 tahun rendah.

JANGKAAN: BULLISH NZD.

  • Matawang berpulangan tinggi seperti Kiwi hari ini disokong oleh sentimen pasaran yang melonjak berikutan AS-China dijangka mencapai gencatan perang perdagangan pada siding kemuncak G-20 hujung minggu ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat