Analisis GOLD – Agak Bergelut, Tapi Emas Tetap Pacu Ke Paras Tertinggi 9 Bulan!

1,433

Walaupun momentum agak bercelaru, namun kenaikan harga emas masih berjaya diteruskan pada dagangan Khamis semalam.

Ekoran pergerakan US dolar yang memacu emas pada penghujung sesi New York semalam yang melemah, dagangan aset logam kuning itu menggembirakan para pelabur.

Ini dapat dilihat pergerakan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar mencapai paras ketinggian terbaru di penghujung sesi New York.

Sedikit mengatasi ketinggian dicapai pada awal minggu lalu, harga emas telah menyentuh paras sekitar 1935.00 untuk catat rekod tertinggi 9 bulan.

Pelabur masih optimis dengan pergerakan emas yang memberi isyarat bullish apabila harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Sebelum ini, harga yang menunjukkan penyusutan masih bertahan di atas zon 1900.00.

Namun dengan corak lonjakan yang telah dipaparkan pada Khamis semalam, emas dijangka akan mengakhiri dagangan minggu ini di paras yang lebih tinggi.

Kenaikan harga jika berjaya diteruskan di sesi terakhir disasarkan untuk mencapai paras tumpuan pada 1950.00.

Berkemungkinan paras tersebut juga mampu diatasi untuk harga terus memburu catatan tertinggi terbaru.

Namun, jika penurunan harga berlaku semula, pelabur mengharapkan harga kekal bertahan di atas paras 1900.00 yang bakal diuji.

Jika tembus lebih rendah, menjadi petanda awal untuk perubahan trend akan membuatkan pelabur bersedia untuk kejatuhan harga lebih rendah.

Harga bakal susut menuju ke zon tumpuan pada 1870.00 semula dan selepas meneruskan lagi penurunan, zon 1830.00 pula akan menyambut harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat