Analisis GOLD – Apa Dah Jadi Ni, Emas Jatuh Paras Terendah Terbaru 2 Tahun!

816

Komoditi emas mengakhiri dagangan minggu lalu dengan prestasi keseluruhan yang suram menyaksikan logam kuning itu terus mengalami penyusutan nilai.

Dengan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif berkemungkinan boleh memberi kesan pengukuhan US dolar dan memberi tekanan untuk emas meningkat semula.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah membuat penurunan mencecah paras 1655.00 namun berjaya menutup dagangan pada sesi terakhir di sekitar paras 1680.00 yang kini menjadi rintangan terbaru buat harga.

Sebelum ini paras 1680.00 menjadi zon support harga yang diuji pada Julai lalu, namun telah berjaya ditembusi sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru emas sejak April 2020.

Menyambung dagangan pada pembukaan pasaran awal minggu ini, harga emas memulakan dagangan di paras 1680.00 dan membuat penurunan sehingga memasuki sesi Eropah.

Gagal melepasi rintangan 1680.00 dan turut dihalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD kekal memberi isyarat bagi pergerakan trend bearish bakal diteruskan lagi minggu ini.

Penurunan harga emas yang dijangka diteruskan pada minggu ini dilihat akan menuju ke paras tumpuan terbaru sekitar 1640.00 selepas mengatasi paras terendah dicecah minggu lalu.

Namun jika US dolar bergerak lemah pada minggu ini dan memberi ruang untuk emas melonjak semula, rintangan pada 1680.00 bakal menjadi sasaran awal untuk diuji.

Berjaya membuat kenaikan melepasi rintangan itu akan mendorong harga emas menguji beberapa zon tumpuan seperti 1700.00 atau zon rintangan sebelum ini sekitar 1720.00.

Pelabur akan menantikan keputusan mesyuarat FOMC menuju dagangan penghujung minggu yang dijangka akan memberi impak ketara terhadap harga semasa emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat