Analisis GOLD – Emas Kembali Bersinar Ke Paras $1,970

551

Emas tampil dengan cemerlang pada dagangan hari ini (Rabu) dengan memaparkan corak kenaikan harga membuatkan pelabur kembali optimis bagi komoditi itu menjelang mesyuarat FOMC.

Pemulihan nilai emas dalam pasaran didorong oleh prestasi suram yang dipersembahkan oleh mata wang US dolar dalam ketidaktentuan pasaran menuju ke mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Justeru, tekanan terhadap emas mula memudar dan lonjakan nilai dapat diperhatikan semula.

Situasi ini diterjemahkan pada pergerakan di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Setelah corak penurunan diperhatikan sejak penghujung minggu lalu bersambung ke awal minggu ini, harga gagal untuk turun menembusi paras 1950.00 sebaliknya melantun naik semula.

Kenaikan berlaku di sesi New York semalam dilihat melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut menjadi indikator bagi perubahan arah buat harga emas.

Setelah mendatar seketika di sesi Asia pagi ini sekitar 1964.00, harga pamerkan kenaikan di awal sesi Eropah hingga melepasi paras 1970.00.

Ini menjadi paras tertinggi bagi minggu ini dengan jangkaan kenaikan masih mampu dikekalkan, namun pelabur pasti akan lebih berwaspada berdepan gelora FOMC hari ini.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan lagi, paras ketinggian minggu lalu pada 1987.00 bakal diuji semula dan berkemungkinan dilepasi.

Kenaikan lebih tinggi akan mengubah sasaran harga emas untuk mencapai paras 2000.00.

Namun, jika harga menjunam susulan reaksi pada mesyuarat FOMC selepas ini, zon sokongan 1950.00 akan diperhatikan untuk petunjuk arah harga emas menuju dagangan penghujung minggu.

Jika tembus 1950.00, harga bakal cecah zon RBS (resistance become support) pada 1930.00 dan seterusnya paras 1920.00 pada penurunan yang diteruskan lebih rendah.

Lihat carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat