Analisis GOLD – Emas Lonjak Ke Paras Ketinggian Terbaru, Capai $1,780

846

Dagangan komoditi emas berjaya memaparkan pergerakan cemerlang di awal minggu di saat US dolar mengalami situasi penyusutan yang berterusan dan hasil perbendaharaan AS meningkatkan permintaan.

Indeks dolar menyusut lebih rendah ke paras empat minggu berbanding mata wang utama dan hasil bon AS 10 tahun pula menggelongsor pada 2.53%, paling lemah dalam tempoh empat bulan.

Bacaan bagi data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM semalam menunjukkan aktiviti perkilangan di AS menyusut sedikit tetapi lebih baik daripada jangkaan pada Julai.

Turut memberikan kekuatan kepada logam kuning untuk meneruskan pengukuhan adalah disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang menunjukkan penguncupan pada suku kedua.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada dagangan awal minggu semalam (Isnin), harga dilihat berjaya membuat lonjakan selepas pembukaan sesi dagangan Eropah dari paras sokongan 1760.00.

Harga dilihat telah mencapai ke paras ketinggian sekitar 1774.00 untuk catatan tertinggi emas dalam tempoh dagangan 4 minggu, namun mula mendatar di sekitar tersebut sehingga sesi New York berakhir.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga mengejutkan pasaran dengan lonjakan sekitar 100 pips di awal sesi ke paras ketinggian 1780.00 sebelum menyusut semula menuju sesi Eropah, namun masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD untuk isyarat pergerakan yang masih bullish.

Untuk jangkaan kenaikan harga yang lebih tinggi, paras halangan pada zon 1780.00 pula bakal menjadi tumpuan untuk dicapai sekiranya aset logam kuning tersebut berjaya mengekalkan momentum pengukuhan.

Jika harga berjaya menembusi paras halangan tersebut, harga dijangka untuk meneruskan kenaikan selanjutnya ke zon sasaran 1800.00 sekali gus mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Sebaliknya, jika harga menunjukkan tanda-tanda untuk berlakunya perubahan trend bearish, harga bakal menyusut semula di bawah zon 1760.00 setelah melepasi paras sokongan MA50 dan membuatkan pelabur lebih bersedia untuk perubahan arah harga selanjutnya.

Penurunan yang lebih rendah bagi komoditi emas dijangkakan bakal menyasarkan ke zon resistance become support (RBS) 1735.00 sebelum meneruskan penyusutan lanjut untuk mencecah semula zon sokongan harga minggu lalu pada 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat