Analisis GOLD – Emas Mendatar Di Zon $1,900 Selepas Terjunan Awal Minggu

1,017

Pergerakan harga emas dilihat lebih mendatar pada dagangan Selasa semalam berbanding penurunan ketara yang dipamerkan pada Isnin di pembukaan pasaran awal minggu ini.

Setelah harga membuat penurunan kembali semula ke paras tumpuan $1,900, harga mendatar untuk beberapa sesi sehingga bersambung ke sesi Eropah petang ini di sekitar zon tersebut.

Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah turun dari paras 1950.00 pada Khamis lalu sehingga ke paras 1900.00 pada awal minggu ini.

Walaupun pergerakan harga mendatar di paras 1900.00, penganalisis masih menilai pergerakan harga dalam trend bearish di mana harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sementara harga masih belum memberi sebarang petunjuk untuk perubahan trend, jangkaan adalah untuk harga terus menyambung penurunan lebih rendah di bawah paras 1900.00.

Untuk penurunan seterusnya, zon support pada 1870.00 dilihat akan menjadi tumpuan yang bakal diuji harga.

Penurunan ke zon tersebut juga akan mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu untuk dagangan emas.

Namun jika 1900.00 menjadi zon support untuk harga kembali melonjak semula, sasaran kenaikan akan menuju semula paras 1950.00 pada terjunan harga minggu lalu.

Kenaikan yang diteruskan selepas perubahan trend bullish, bakal mendorong jangkaan semula harga emas untuk mencapai ketinggian paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat