Analisis GOLD – Harga Emas Disasar Surut Ke Paras $1,680 Catat Paras Terendah 7 Minggu

439

Logam kuning gagal untuk meneruskan momentum pengukuhan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar apabila dagangan Selasa semalam kembali menyaksikan corak penurunan semula ekoran US dolar yang kembali mengukuh.

Pengukuhan US dolar diteruskan selepas data tinjauan ISM sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam catat bacaan yang positif berbanding ramalan.

Selepas itu, indeks dolar juga kekal kukuh berlegar di atas paras 110.00 sementara hasil bon AS 10 tahun juga berjaya mengikut jejak langkah indeks dolar dengan meningkat sehingga 3.37%.

Pelabur menantikan mesyuarat FOMC pada bulan ini dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) bakal membuat kenaikan kadar faedah yang agresif buat kali ketiganya berturut-turut sebanyak 75 mata asas bagi melawan inflasi yang tinggi.

Mengukur nilai harga komoditi emas berbanding US dolar pada carta pasangan XAU/USD, harga telah menunjukan penerjunan harian sekitar 280 pips pada Selasa semalam selepas harga gagal untuk melepasi zon support become resistance (SBR) 1720.00 yang diuji pada dagangan awal sesi Asia semalam.

Penyusutan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat trend bearish untuk jangkaan pergerakan harga menyusut ke paras yang lebih rendah.

Sekiranya penurunan harga emas diteruskan, sasaran adalah untuk harga menuju ke sekitar paras 1680.00 mengatasi paras terendah minggu lalu sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Penurunan lebih rendah melepasi zon support penting itu bakal mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 2 tahun berkemungkinan boleh mencecah sehingga 1640.00.

Tetapi, sekiranya harga melantun semula dan berjaya menembusi paras halangan MA50, pelabur akan mula bersedia untuk kenaikan semula emas selepas isyarat perubahan trend bullish itu.

Zon halangan harga pada 1720.00 bakal menjadi sasaran awal untuk harga diuji semula sebelum kenaikan lebih tinggi dilihat akan diteruskan menuju pula ke zon sekitar 1740.00.

Kenaikan seterusnya bakal menuju ke zon rintangan tumpuan harga pada 1760.00 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu buat logam berharga tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat