Analisis GOLD – Pelabur Lebih Lega Jika Emas Panjat Atas $2,000

694

Dagangan emas pada Isnin semalam dilihat lebih positif dengan mengurangkan sebahagian kerugian pada minggu lalu setelah harga susut semula di bawah paras $2,000.

Selepas tekanan pergerakan pasaran tak menentu minggu lalu, US dolar kembali melemah pada awal minggu ini, menepati ramalan penganalisis yang menjangkakan raja mata wang itu akan kembali ke landasannya berdasarkan jangkaan majoriti pasaran untuk Federal Reserve (Fed) melonggarkan lagi dasar monetari.

Justeru, penyusutan US dolar akan memberi peluang untuk emas kembali meningkat semula.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah kembali pamerkan kenaikan semula di awal minggu.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa), harga berjaya menyentuh semula paras penting 2000.00 dengan harapan pelabur untuk melihat harga emas berada di atas paras tersebut semula.

Kenaikan semalam yang turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menambah lagi optimis pelabur dengan isyarat bullish tersebut.

Harga perlahan di bawah paras 2000.00 di sesi Eropah petang ini, namun pergerakan harga dijangka akan lebih rancak memasuki pembukaan sesi New York sebentar sahaja lagi.

Jika harga emas melonjak menembusi paras 2000.00, peluang untuk emas catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini bakal lebih cerah.

Seterusnya, zon 2030.00 akan menjadi kawasan tumpuan awal untuk diuji terlebih dahulu sebelum harga akan cuba mencapai semula ketinggian sebelum ini pada 2048.00.

Sementara, jika prestasi emas kecundang lagi minggu ini, gagal melepasi paras 2000.00 berkemungkinan menyaksikan harga susut semula ke paras sokongan minggu lalu sekitar 1970.00.

Jika harga tembus lebih rendah meneruskan penurunan, zon tumpuan sekitar 1950.00 akan menanti untuk diuji dan dijangka bakal ada reaksi menarik harga pada sekitar tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat