Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 12/11/2018

217

Pergerakan harga pada chart AUD/USD pada dagangan penghujung minggu lalu dilihat kembali membuat penurunan setelah harga membuat kenaikan ke paras resistance 0.73000 dan gagal melepasi paras tersebut pada dagangan Khamis. Matawang Aussie pada sebelum ini mendapat kelebihan di atas keadaan pasaran yang stabil namun kembali melemah setelah Reserve Bank of Australia (RBA) yang mengekalkan kadar faedah kemudiannya menyatakan tiada faktor yang mendorong kepada perubahan kadar faedah dalam masa yang terdekat. Di samping itu, nilai matawang dollar AUD turut terkesan ekoran ketidakstabilan ekonomi di China atas faktor China sebagai rakan dagang terbesar Australia.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga pada chart AUD/USD dilihat membuat kenaikan menyentuh paras Magic Pivot 0.7238 hari ni sebelum membuat penurunan menuju ke paras support 0.7206 (MagicS1). Jika USD terus mengukuh menekan harga ke paras lebih rendah, penurunan harga seterusnya dijangka bakal menuju ke paras support pada 0.7187 (MagicS2) sebelum harga menguji paras support yang lebih rendah di sekitar paras 0.7155 (MagicS3) yang merupakan paras tumpuan harga pada chart AUD/USD.

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan mengatasi paras Magic Pivot 0.7328 hari ini, paras awal yang dilihat bakal dituju harga adalah pada resistance 0.7258 (MagicR1). Kemudiannya, harga yang berjaya mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat berkemungkinan menuju ke paras resistance yang lebih tinggi iaitu pada paras 0.7290 (MagicR2) sebelum kenaikan harga yang seterusnya bakal menguji paras ketinggian harga yang dicapai minggu lalu sekitar paras resistance 0.7309 (MagicR3).

Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa dan tumpuan akan terarah kepada data pekerjaan di Australia pada Khamis ini yang dijangka meningkat. Lihat paras tumpuan harga pada chart AUD/USD dengan membandingkan dengan paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan posisi dagangan yang terbaik.

 

Paras support: 0.7206, 0.7187, 0.7155.

Paras resistance: 0.7258, 0.7290, 0.7309.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat