Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 2/11/2018

154

Sentimen pasaran semasa yang dilihat kembali pulih memberi kelebihan kepada matawang AUD. Rundingan yang diadakan melibatkan Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping yang dilihat positif sekaligus telah meredakan ketegangan perang dagang yang berlarutan sebelum ini. Dengan itu dapat dilihat pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD membuat lonjakan hampir 140 pips bermula dari paras Magic Pivot melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line dan meneruskan lagi kenaikan sehingga ke paras tertinggi dicapai sekitar 0.72100 yang merupakan paras SBR (support become resistance) sebelum ini.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak perlahan pada permulaan sesi di sekitar paras tertinggi semalam dan didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7162 hari ini. Namun, harga dilihat telah menyambung kenaikan mengatasi paras ketinggian harga semalam pada 0.72100 dan telah menyentuh paras resistance 0.7251 (MagicR1) dan harga semasa berada pada paras 0.72400 setakat jam 2.50 petang. Jika harga meneruskan lagi kenaikan, harga dilihat akan menuju ke paras resistance yang berada pada paras 0.7302 (MagicR2). Namun, sekiranya momentum kenaikan harga kian mengukuh, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru sehingga ke paras 0.7390 (MagicR3) seterusnya mengatasi paras ketinggian pada Ogos lalu.

Sebaliknya, jika data pekerjaan NFP menyokong USD untuk kembali mengukuh, berkemungkinan harga akan ditekan semula ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot dan perurunan awal harga dilihat akan ke paras 0.7111 yang merupakan paras support terdekat. Kemudiannya, harga yang berjaya meneruskan penurunan dijangka akan kembali menguji paras terendah harga pada penghujung Oktober lalu sekitar paras support 0.7022 (MagicS2). Dan jika harga masih kekal didagangkan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan mencecah ke paras 0.6972 untuk harga membuat paras lower low yang baru pada chart AUD/USD.

Pasaran akan lebih berhati-hati untuk dagangan pada pasangan matawang USD yang dilihat sedikit berisiko menjelang data pekerjaan NFP pada malam ini. Kawal posisi dagangan dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 0.7111, 0.7022, 0.6972.

Paras resistance: 0.7251, 0.7302, 0.7390.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat