Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 2/11/2018

253

Dengan sentimen pasaran yang kembali pulih (risk-on), matawang safe-haven bakal menerima kesan antaranya adalah matawang USD dan Yen. Tumpuan pelabur akan beralih ke arah aset yang berpulangan tinggi apabila sentimen pasaran risk-on dan ini dapat dilihat pada pergerakan harga chart pasangan matawang USD/JPY di mana kedua-dua matawang ini didagangkan lemah. Namun, matawang USD dilihat lebih merosot berbanding Yen sekaligus menunjukkan pergerakan harga yang menurun. Kejatuhan nilai USD juga turut disumbang oleh aktiviti pengambilan untung oleh pelabur pada posisi belian USD sebelum ini menjelang data pekerjaan NFP malam ini dan juga disebabkan oleh pasaran saham yang kembali pulih.

Harga dilihat bergerak rendah dari paras Magic Pivot semalam dan turun ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kelihatan cuba untuk membuat kenaikan semula dari paras Magic Pivot dan telah melepasi paras resistance 112.899 (MagicR1). Harga semasa yang berada pada paras 113.030 setakat jam 3.11 petang ini dilihat hampir menuju ke paras resistance 113.154 (MagicR2). Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi paras resistance tersebut, jangkaan harga akan mencapai paras resistance 113.300 (MagicR3) untuk harga menguji paras ketinggian yang dicapai harga pada Rabu lalu.

Namun, jika sentimen pasaran terus kekal stabil dengan matawang USD terus didagangkan merosot, harga berkemungkinan membuat penurunan semula sehingga melepasi paras Magic Pivot 112.753 dan dilihat akan menuju ke paras support pada 112.498 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga yang diteruskan akan menuju pula ke paras support yang lebih rendah iaitu pada 112.352 (MagicS2). Seterusnya, paras support pada 112.097 (MagicS3) dijangka bakal menjadi destinasi tujuan harga jika sentimen pasaran terus memberi kesan yang negatif kepada matawang safe-haven dalam pasaran semasa.

Teliti dalam membuat keputusan dan beri tumpuan terhadap perubahan sentimen pasaran pada setiap masa. Kawal risiko dengan bijak dan lihat paras-paras yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras-paras harga yang berkualiti untuk dagangan anda.

 

Paras support: 112.498, 112.352, 112.097.

Paras resistance: 112.899, 113.154, 113.300.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat