Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 10/10/2018

466

Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/USD semalam melihatkan harga mengalami kejatuhan pada sesi pasaran Eropah setelah pasaran masih dilanda kebimbangan terhadap krisis bajet Itali di mana harga telah turun membuat Lower Low yang baru melepasi paras support 1.14600. Namun harga kembali membuat kenaikan semula setelah matawang USD mula lemah berikutan kejatuhan hasil bon kerajaan AS dan jika dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang bergerak perlahan di sekitar paras Magic Pivot pada sesi pasaran Asia sebelumnya membuat penurunan sehingga ke paras support MagicS1 dan menuju ke support MagicS2 sebelum harga kembali melonjak sehingga 70 pips semula ke paras Magic Pivot dan menutup harga di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.1474 hari ini telah membuat kenaikan ke paras resistance 1.1517 (MagicR1). Jika USD terus didagangkan lemah, harga dijangka akan meneruskan kenaikan dan menguji paras resistance 1.1546 (MagicR2) yang berada pada zon tumpuan harga sebelum ini. Dan jika harga masih mengekalkan kenaikan yang dibuat, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance seterusnya yang lebih tinggi yang dilihat berada pada paras 1.1588 (MagicR3).

Sebaliknya, jika matawang USD kembali mengukuh dalam pasaran, harga bakal menyambung semula penurunan yang dibuat dan paras support 1.1445 (MagicS1) dilihat paras awal yang akan dituju harga. Kemudian, harga yang masih meneruskan penurunan bakal membuat Lower Low yang baru dan dijangka akan ke paras support seterusnya iaitu pada 1.1403 (MagicS2). Paras support 1.1374 (MagicS3) pula dilihat paras tumpuan yang berada lebih rendah jika harga masih mengekalkan momentum penurunannya.

Kawal posisi dagangan anda dengan baik dalam menghadapi sentimen pasaran yang tidak menentu. Lihat pada paras-paras penting yang dipaparkan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk setiap posisi dagangan harian anda.

 

Paras support: 1.1445, 1.1403, 1.1374.

Paras resistance: 1.1517, 1.1546, 1.1588.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat