Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 13/9/2018

720

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga kembali menguji paras Higher High sebelum ni namun harga dilihat gagal menembusi (breakout) zon resistance 1.30700. Sebelum itu, harga dilihat bergerak lemah dan berada di bawah Magic Pivot semalam, namun harga kembali melonjak semula setelah GBP yang positif ekoran ulasan positif daripada Presiden Suruhanjaya EU, Juncker memberi gambaran yang optimis terhadap rundingan Brexit. Ditambah pula dengan faktor matawang USD yang melemah semalam ekoran data indeks harga pengeluar (PPI) yang merosot. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lemah dan bergerak di sekitar Magic Pivot di mana harga semasa adalah pada paras 1.30350 setakat jam 3.15 petang.

Jika pasaran yang menjangkakan USD akan terus melemah dan harga bakal membuat kenaikan, paras resistance yang akan menjadi tumpuan adalah pada support 1.3087 (MagicR1) di mana di situ juga terdapat zon major resistance 1.30700 yang gagal ditembusi (breakout) sejak dua hari lalu. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance seterusnya di paras 1.3135 (MagicR2) dan seterusnya di resistance 1.3189 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali membuat penurunan atas faktor USD kembali menguat atau GBP melemah, harga bakal ditekan ke paras support 1.2985 (MagicS1) atau lebih rendah lagi pada support 1.2931 (MagicS2) di mana terdapat juga satu zon major support 1.29200 yang berhampiran. Jika harga terus didagangkan lemah, harga berpotensi untuk turun ke paras support 1.2883 (MagicS3) atau seterusnya harga bakal menguji paras major support pada 1.28150.

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang banyak mempengaruhi pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD ini. Lihat juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line dalam membantu analisis anda.

 

Paras support: 1.2985, 1.2931, 1.2883.

Paras resistance: 1.3087, 1.3135, 1.3189.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat