Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 2/10/2018

324

Lonjakan harga pada sesi pasaran New York semalam dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD setelah pasaran melihat rundingan Brexit kembali positif. Perdana Menteri UK Theresa May dilaporkan bersedia untuk lebih terbuka dan memberi tawaran kepada Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha untuk mencapai kesepatakatan dalam rundingan. Harga melonjak dari paras terendah pada dagangan hari semalam sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan hampir menyentuh ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line, namun harga kembali membuat penurunan semula dan menutup harga di sekitar paras Magic Pivot semalam.

Pada pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan di mana harga dilihat berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3055 hari ini. Jika harga mampu melonjak semula seperti semalam, berkemungkinan harga akan menuju ke paras resistance 1.3100 (MagicR1) atau naik lebih tinggi lagi iaitu ke paras resistance 1.3159 (MagicR2). Kenaikan yang diteruskan seterusnya akan melihat harga menguji paras resistance 1.3204 (MagicR3) yang berada pada paras tumpuan harga sebelum ini.

Namun, jika pasaran kembali melihat perkembangan rundingan Brexit yang lemah, harga mungkin meneruskan penurunan yang dibuat sejak minggu lalu menuju ke paras support terdekat pada 1.2995 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya dijangka akan ke paras 1.2951 (MagicS2) sebelum harga perlu menguji paras support 1.2891 (MagicS3) yang berada pada zon major support yang telah beberapa kali diuji harga sebelum ini.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit  dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD ini. Dan lihat juga pada indicator Moshed Magic Line dalam mencari paras-paras penting untuk menentukan posisi terbaik dalam trading harian anda.

 

Paras support: 1.2995, 1.2951, 1.2891.

Paras resistance: 1.3100, 1.3159, 1.3204.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat