Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 24/12/2018

168

Dilihat secara purata kasar bagi pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD sepanjang dagangan minggu lalu, harga bergerak dalam julat harga di antara paras 1.26000 dan paras 1.269000 yang merupakan zon SBR (support become resistance) di mana paras tersebut beberapa kali diuji sepanjang minggu namun gagal ditembusi harga. Kedua-dua matawang dollar USD dan GBP didagangkan berisiko dan mengakibatkan pergerakan harga mendatar sepanjang minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia untuk permulaan dagangan minggu ini, harga dilihat membuat kenaikan sejak awal sesi bermula dan telah melepasi paras Magic Pivot 1.2646 hari ini. Harga yang meneruskan kenaikan kemudiannya dilihat telah menyentuh paras resistance 1.2675 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini dan menguji paras tersebut buat seketika. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi lagi, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan melepasi zon SBR sebelum ini dan menuju ke paras sekitar 1.2726 (MagicR2). Dan seterusnya, paras resistance pada 1.2755 (MagicR3) yang berada lebih tinggi bakal menjadi destinasi tumpuan seterusnya jika harga masih mampu mengekalkan kenaikannya.

Sebaliknya, jika harga kembali menunjukkan penurunan dan turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot 1.2646, jangkaan paras awal yang dituju harga adalah ke paras support terdekat iaitu pada 1.2595 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan harga akan menguji pula paras support 1.2566 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.2515 (MagicS3) jika harga berjaya kekalkan momentum penurunan yang dibuat.

Terus ikuti perkembangan semasa pada isu Brexit untuk minggu terakhir dagangan dan juga sentimen semasa dalam pasaran. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart GBP/USD dan bandingkan pada paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan anda.

 

Paras support: 1.2595, 1.2566, 1.2515.

Paras resistance:  1.2675, 1.2726, 1.2755.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat