Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 3/1/2019

187

Matawang Sterling yang masih didagangkan berisiko  pada minggu pertama tahun baru sementara menunggu perkembangan penting isu Brexit menerima tekanan setelah USD kembali mengukuh untuk menekan harga lebih rendah pada chart pasangan matawang GBP/USD pada sesi dagangan semalam. Harga dilihat telah menjunam dari paras Magic Pivot semalam sehingga melebihi 170 pips penurunan pada sesi pasaran Eropah bersambung ke sesi pasaran New York. Penurunan tersebut telah melepasi paras support MagicS1 dan MagicS2 sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, sebaik sahaja pasaran dibuka harga terus menyambung terjunan sekitar 130 pips lagi penurunan melepasi paras support 1.2528 (MagicS1) dan hampir menyentuh paras support 1.2457 (MagicS2). Sebelum harga mencecah paras support MagicS2, harga kembali dilihat pantul semula membuat kenaikan lebih tinggi dari paras support MagicS1 dan bergerak mendatar di sekitar paras 1.25500 pada penghujung dagangan sesi Asia. Jika harga kembali menyambung semula penurunan awal pagi tadi, harga berkemungkinan turun lebih rendah dari paras support MagicS2 untuk mencatatkan paras terendah yang baru sehingga boleh mencecah ke paras sekitar 1.2334 (MagicS3).

Namun jika harga kembali menunjukkan kenaikan berkemungkinan USD kembali didagangkan lemah dalam pasaran semasa, harga bakal bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2650 hari ini sebelum menuju ke paras resistance 1.2721 (MagicR1). Kemudiannya, harga akan cuba mencatatkan paras ketinggian terbaru dan menguji paras tumpuan pada chart GBP/USD di sekitar 1.2843 (MagicR2). Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan harga bakal mencapai paras ketinggian pada paras resistance yang berada di 1.2915 (MagicR3).

Sama-sama kita menunggu perkembangan penting Brexit pada bulan ini namun terus beri tumpuan terhadap sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran khususnya pada chart GBP/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan paras-paras yang sesuai bagi posisi dagangan pada chart GBP/USD anda.

 

Paras support: 1.2528, 1.2457, 1.2334.

Paras resistance:  1.2721, 1.2843, 1.2915.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat