Analisis Teknikal NZD/JPY- Timeframe H1 – 17/8/2018

410

Matawang NZD minggu ini banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran global yang bertukar-tukar. Pada masa sekarang perkembangan yang agak positif berikutan rundingan perdagangan yang bakal berlangsung di antara AS-China memberi manfaat terhadap matawang NZD.

NZD turut disokong oleh data harga pengeluar di New Zealand yang mencatatkan bacaan positif.

Matawang JPY pula dilihat mula melemah ekoran pasaran global semasa kembali stabil dan pelabur mula beralih keluar daripada matawang tersebut.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi NZDJPY dilihat agak mendatar sejak semalam sehingga sesi pasaran Asia dan London hari ini. Harga semasa di sekitar 73.00 setakat jam 5.20 petang ini berada di atas garisan Moving Average (MA100) dan juga masih dalam julat harga semalam iaitu diantara 73.282-72.430.

Jika NZD terus mengukuh dan sentimen pasaran semasa tidak menyebelahi matawang JPY, harga dijangka mampu menembusi (breakout) paras resistance 73.400 dan berpotensi untuk mencapai paras resistance tumpuan di zon harga 74.900 sejauh 150 pips.

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan dan berjaya menembusi (breakout) paras support di 72.350, harga berkemungkinan mencari support baru di sekitar paras harga 71.600 atau lebih rendah lagi bergantung kepada faktor-faktor semasa yang mempengaruhi nilai matawang-matawang itu.

 Paras support: 72.536, 72.057, 71.684.
Paras resistance: 73.388, 73.761, 74.240.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat