Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 28/9/2018

271

Matawang CAD kembali mengukuh berikutan sentimen positif dari Gabenor Bank of Canada (BOC) Poloz berkenaan rundingan NAFTA dan ditambah juga dengan peningkatan harga pasaran minyak mentah. Pergerakan harga pada chart USD/CAD semalam dilihat membuat kenaikan menguji paras major resistance pada 1.30700 namun harga gagal menembusi (breakout) paras tersebut sbeelum kembali membuat penurunan pada sesi pasaran New York semalam. Harga naik menyentuh paras resistance MagicR2 dan kembali turun lebih rendah dari paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali semula bergerak di sekitar paras tersebut pada lewat sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan rendah pada paras Magic Pivot 1.3044 dan telah membuat penurunan menuju ke paras support 1.3005 (MagicS1) sehingga ke sesi pasaran Eropah di mana harga semasa berada pada paras 1.3015 setakat jam 4.11 petang. Jika harga berjaya membuat penurunan melepasi paras support MagicS1, jangkaan harga akan menuju ke paras support 1.2969 (MagicS2) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support). Seterusnya, jika CAD terus mengukuh mengatasi USD, harga mampu untuk ditekan lebih rendah sehingga ke paras support 1.2931 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali menyambung kenaikan yang dibuat sejak minggu lalu, berkemungkinan harga akan naik melepasi Magic Pivot 1.3044 dan menguji paras resistance 1.3079 (MagicR1). Jika harga berjaya menembusi paras tersebut, harga bakal membuat Higher High yang baru menuju ke paras resistance seterusnya berkemungkinan ke paras 1.3118 (MagicR2) atau paras lebih tinggi iaitu pada 1.3153 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan rundingan NAFTA dan juga pasaran minyak mentah yang banyak menggerakkan matawang CAD terutamanya pada chart USD/CAD ini. Lihat paras support dan resistance pada chart dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai bahan rujukan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3005, 1.2969, 1.2931.

Paras resistance: 1.3079, 1.3118, 1.3153.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat