Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 29/10/2018

213

Secara teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan Jumaat lalu dilihat telah berjaya mencapai paras ketinggian terbaru melepasi paras resistance 1.31200 namun harga kembali turun semula ke paras 1.30700 pada penghujung sesi pasaran New York sebelum menutup harga di paras sekitarnya. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah melonjak ke paras support MagicS2 dan menguji paras tersebut beberapa ketika sebelum kembali turun semula menuju ke paras Magic Pivot hari tersebut. Perubahan nilai matawang Loonie pada minggu lalu banyak terkesan daripada pasaran minyak mentah dan pada minggu ini pula, pasaran akan lebih tertumpu kepada data pekerjaan di Kanada pada Jumaat ini yang akan dikeluarkan bersama data NFP di AS.

Pada pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan perlahan pada awal permulaan sesi dan cuba menguji paras Magic Pivot 1.3108 hari ini namun tidak berjaya mendapatkan momentum kenaikan untuk membuat lonjakan. Jika pelabur melihat dagangan CAD untuk minggu ini adalah positif, berkemungkinan harga akan ditekan ke paras support 1.3057 (MagicS1). Harga yang terus membuat penurunan kemudiannya akan menuju ke paras support 1.3014 (MagicS2) iaitu paras low pada Khamis lalu sebelum menguji paras RBS (resistance become support) 1.30000. Sekiranya momentum penurunan harga berjaya dikekalkan, pasaran berkemungkinan menyaksikan harga mencecah sehingga ke paras 1.2963 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat kenaikan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3108, harga dilihat akan menguji semula paras resistance 1.3152 (MagicR1) iaitu paras ketinggian harga pada Jumaat. Dan jika harga berjaya mengatasi paras tersebut dan membuat higher high yang baru, harga dijangka akan menuju ke paras resistance pada 1.3203 (MagicR2). Tetapi sekiranya harga masih dilihat membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, pasaran ingin melihat reaksi harga pada paras resistance 1.3246 (MagicR3) untuk harga menguji zon paras ketinggian harga pada Julai lalu.

Kawal posisi dagangan anda pada chart USD/CAD menjelang data pekerjaan di Kanada dan AS pada Jumaat ini. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan anda mencari paras terbaik bagi posisi dagangan pada chart USD/CAD ini.

 

Paras support: 1.3057, 1.3014, 1.2963.

Paras resistance: 1.3152, 1.3203, 1.3246.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat