Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 10/10/2018

311

Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY dilihat bergerak di antara paras Magic Pivot semalam dan juga paras support 113.000. Harga yang menguji paras support 113.000 pada sesi pasaran Asia tidak berjaya membuat penurunan lebih rendah sebelum pantul kembali membuat kenaikan ke paras Magic Pivot semalam. Setelah menguji beberapa kali paras tersebut, harga kembali turun untuk menguji semula paras support 113.000 pada lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga di sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak di sekitar paras Magic Pivot 113.070 yang berdekatan dengan paras support 113.000 semalam. Jika harga berjaya menyambung penurunan yang dibuat pada Isnin lalu, harga bakal membuat Lower low yang baru berkemungkinan ke paras support 112.741 (MagicS1) kemudiannya ke paras support yang lebih rendah iaitu pada 112.538 (MagicS2). Dan seterusnya jika harga USD terus didagangkan lemah, harga dijangka akan membuat penurunan untuk menguji paras support 112.209 (MagicS3) yang dilihat berada pada zon tumpuan harga.

Namun, jika sentimen semasa kembali memihak kepada pengukuhan USD, harga boleh melonjak semula melepasi paras resistance 113.273 (MagicR1) sebelum menuju ke paras 113.602 (MagicR2) untuk menguji paras tersebut. Pasaran akan melihat reaksi harga pada paras itu dan jika harga masih mampu meneruskan kenaikan, jangkaan harga akan mencapai paras resistance seterusnya yang terdekat iaitu pada 113.805 (MagicR3).

Pelabur dan pemain pasaran sedikit berhati-hati berikutan sentimen pasaran yang agak tidak menentu dan sedikit memberikan kebimbangan dalam pasaran semasa. Buat keputusan yang terbaik dalam setiap dagangan harian anda dengan bantuan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 112.741, 112.538, 112.209.

Paras resistance: 113.273, 113.602, 113.805.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat