Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 2/1/2019

228

Matawang dollar USD masih didagangkan lemah berbanding Yen sejak penghujung 2018 sehingga bersambung pada hari pertama dagangan permulaan untuk tahun 2019 hari ini. Suasana sentimen pasaran yang kekal berisiko akan terus memberi kelebihan kepada Yen berikutan permintaan dalam pasaran yang meningkat terhadap matawang safe-haven tersebut. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY pada dagangan Isnin iaitu dagangan terakhir untuk 2018, harga membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line dan terus mencatatkan paras terendah yang baru sejak dagangan Jun 2018.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih menunjukkan pergerakan yang menurun dan dilihat telah berada lebih rendah dari paras support 109.400 dan menguji paras 109.214 (MagicS1) sehingga pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga meneruskan penurunan, harga akan terus mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart USD/JPY di sekitar paras support 108.902 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 108.279 (MagicS3) sekiranya momentum penurunan harga berjaya dikekalkan.

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan ke paras lebih tinggi semula sehingga berjaya melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 110.149 (MagicR1). Seterusnya, harga akan menuju pula ke paras tumpuan pada USD/JPY di sekitar resistance 110.772 (MagicR2) sebelum sedikit lagi kenaikan ke paras lebih tinggi akan mencapai paras ketinggian pada resistance 111.084 (MagicR3).

Harapan terhadap penyelesaian pada ketegangan hubungan dagang AS-China memberi sedikit jangkaan positif kepada pelabur dan akan mempengaruhi perubahan pada sentimen dalam pasaran semasa. Bandingkan paras tumpuan harga pada chart USD/JPY dengan paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian.

 

Paras support: 109.214, 108.902, 108.279.

Paras resistance: 110.149, 110.772, 111.084.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat