Ancaman Coronavirus Meningkat, USD/JPY Turun Dari Paras Tertinggi 3 Minggu

373

Angka kematian terkini akibat jangkitan wabak Coronavirus COVID-19 telah mencatatkan 1,367 korban sementara jumlah kes jangkitan disahkan meningkat kepada 59,805. Membimbangkan pasaran adalah peningkatan terbesar jangkitan baru semalam sekitar 15,000 kes.

Hal ini telah kembali meningkatkan semula risiko dalam pasaran yang sebelum ini mula menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Matawang safe-haven Yen antara yang mengukuh sejak awal sesi Asia hari ini bermula ekoran pelabur mula terarah kembali pada aset safe-haven yang lebih selamat dalam suasana pasaran berisiko.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga membuat penurunan sebaik sahaja sesi pasaran Asia dibuka menurun dari paras ketinggian yang dicapai semalam sekitar 110.100.

Penurunan harga walau bagaimanapun tidak begitu ketara dengan pelabur turut berwaspada menantikan data inflasi Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar nanti yang akan mempengaruhi dagangan US dolar.

Bacaan data yang kukuh akan mendorong kenaikan semula harga dengan pengukuhan jelas bagi matawang US dolar di samping sentimen pasaran yang berisiko.

Penurunan harga semasa dilihat akan cuba melepasi zon RBS (resistance become support) pada sekitar paras 109.700 dan 109.600 sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Penurunan seterusnya berkemungkinan menuju zon tumpuan harga sekitar 109.300 dan 109.200 yang juga dilihat sebagai zon RBS.

Namun jika data petunjuk bank pusat AS catat bacaan kukuh atau sentimen pasaran berubah, harga berkemungkinan kembali membuat kenaikan semula.

Kenaikan harga akan cuba melepasi paras ketinggian semalam dan menguji zon resistance pada sekitar 110.300.

Harga yang berjaya tembusi zon resistance tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru harga untuk tempoh 9 bulan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat