Ancaman Virus Pandemik Menyebabkan Sentimen Terus Berisiko

357

Sentimen dagangan awal minggu ini terus dipengaruhi oleh krisis pandemik coronavirus dengan angka-angka terkini menunjukkan Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat mempunyai kes tertinggi di luar China, menjadikan jumlah terkini 336,838 kes dan 14,616 kematian seluruh dunia.

US dolar diniagakan menyusut berbanding safe-haven yen selepas rang undang-undang bagi rangsangan COVID-19 gagal mendapat kelulusan di peringkat Senat. Namun begitu, rundingan akan terus dijalankan dan Presiden AS Donald Trump memberitahu bahawa Kongres semakin hampir untuk mencapai kesepakatan.

Matawang USD terus mendapat permintaan untuk diniagakan tinggi berbanding beberapa matawang utama, meskipun bank pusat dunia telah meningkatkan usaha mereka bagi melindungi pasaran kewangan daripada impak coronavirus.

Federal Reserve AS telah memperluaskan program pertukaran asingnya bersama 9 bank pusat lain iaitu Australia, Brazil, Korea Selatan, Mexico, Singapura, Sweden, Denmark, Norway dan New Zealand sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Sementara Jerman, UK dan Australia pula telah mengumumkan pelbagai langkah rangsangan yang berbeza untuk menyokong perniagaan yang terjejas. Langkah selanjutnya mungkin akan terus diumumkan pada masa akan datang.

Matawang euro dan pound sterling kekal diniagakan lemah di paras terendah didorong oleh peningkatan terhadap permintaan US dolar.

Peningkatan ketara dalam kes dan kematian yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda keredaan di Itali, dan ditambah pula dengan sekatan pergerakan di beberapa negara terus menekan ekonomi di Zon Eropah ke arah kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat