Angkara Najib, Saham Super Ring Melonjak Hampir 100%?

2,266

Sebut sahaja berkenaan Super Ring, pasti ramai yang membayangkan keenakan snek berperisa keju itu. Bahkan ianya menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Untuk pengetahuan semua, Super Ring merupakan keluaran syarikat Oriental Food Industries. Selain itu, snek itu juga berjaya mendapat tempat di hati masyarakat sejak berpuluh tahun lamanya.

Seterusnya, nama Super Ring semakin popular ketika perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Gelagat seorang wanita yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap perlantikan pemimpin negara itu tular serta dijadikan bahan gelak tawa serta dikaitkan dengan jenama makanan ringan tersebut. Tidak ketinggalan dengan trend semasa, bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato Seri Najib Razak juga menggunakan Super Ring untuk mengenakan wanita itu.

Bukan itu sahaja! Ahli politik yang terdiri daripada parti pembangkang turut menggunakan Super Ring bagi mengemukakan sindiran terhadap pihak kerajaan.

Lebih mengejutkan ialah saham syarikat makanan itu didakwa telah melonjak hampir 100% sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac yang lalu! Hebat betul penangan troll ini!

Sebelum ini, jenama Super Ring telah memperoleh populariti di Korea setelah 2 orang selebriti yang terdiri daripada kumpulan Blackpink, Jennie dan Jisoo mendedahkan bahawa snek tersebut adalah  snek kegemaran mereka.

Kini, saham Oriental Food bernilai 0.87 sen dengan peningkatan sebanyak 7.410%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat