Apa Boleh Dijangka Bagi Matawang Utama Menjelang Mesyuarat FOMC?

601

US dolar didagangkan susut berbanding matawang utama lain berikutan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC, di tengah-tengah spekulasi bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin mengambil langkah untuk mengurangkan kenaikan dalam hasil bon.

Walaupun tidak ada perubahan besar yang diharapkan dalam mesyuarat kali ini, peningkatan dalam hasil Perbendaharaan baru-baru ini telah mengangkat USD susulan terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi AS stabil, tetapi pemulihan sepenuhnya dari wabak coronavirus masih jauh.

Beberapa penganalisis menolak kemungkinan bahawa Fed akan menggunakan kawalan keluk hasil (YCC) untuk memastikan hasil Perbendaharaan 10 tahun tidak melebihi sasaran, tetapi ketidakpastian mengenai keputusan bank pusat mungkin akan menekan dagangan USD.

Selain itu, Fed juga akan menerbitkan unjuran ekonomi pertama bank pusat sejak wabak pandemik coronavirus telah menyebabkan kemelesetan di Amerika Syarikat pada bulan Februari.

Unjuran pertumbuhan untuk tahun 2020 mungkin suram, namun pelabur akan lebih menfokuskan kepada jangkaan berapa lama masa yang akan diambil untuk pemulihan dalam ekonomi.

Dolar Aussie dan kiwi susut sedikit berbanding US dolar pada sesi Asia, tetapi sentimen tetap positif disokong oleh aktiviti ekonomi yang disambung semula di kedua-dua negara susulan pembukaan sekatan coronavirus.

Sementara itu, dolar Kanada kembali mencatat peningkatan berbanding US dolar selepas jatuh dari paras ketinggian 3 bulan, namun ia masih dibataskan oleh penurunan harga minyak mentah.

Matawang pound didagangkan meningkat ketika masih dibelenggu kebimbangan terhadap perkembangan dalam rundingan perdagangan UK dan EU. Ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier dijadualkan untuk berucap pada hari ini, yang mungkin akan memberi perincian mengenai rundingan terakhir baru-baru ini.

Euro pula didagangkan mendatar selepas meraih keuntungan berbanding USD pada sesi sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat