Apa Jadi Pada Euro Sebelum ECB Menggegar Pasaran?

457

Menunggu detik mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB), mata wang euro didagangkan sedikit berubah berbanding US dolar, tetapi lebih tinggi berbanding dagangan yen Jepun dan pound.

Setelah pelbagai petunjuk diberikan oleh beberapa penggubal dasar ECB sebelum ini, bank pusat itu hampir pasti akan menamatkan program pembelian asetnya pada akhir bulan ini dan menjanjikan kenaikan kadar faedah pada bulan Julai.

Namun, sekiranya bank pusat terus menaikkan kadar pada malam ini atau memberi petunjuk mengenai saiz dan kadar pengetatan yang akan dilaksanakan, euro berpotensi untuk melonjak lebih tinggi.

Pelabur kini menjangkakan inflasi yang melambung tinggi di Zon Eropah akan mendorong ECB untuk bertindak lebih agresif dengan kenaikan sebanyak 50 mata asas.

Di sisi lain, mata wang yen terus memperpanjangkan penurunannya ke paras terendah terbaharu 20 tahun berbanding US dolar dan paling lemah 7 tahun berbanding euro.

Mata wang ninja itu telah terkesan oleh kenaikan kadar faedah di seluruh dunia sementara Bank Pusat Jepun (BOJ) pula terus kekal dengan dasar yang sangat longgar.

Dolar greenback terus mempertahankan pengukuhan dengan tumpuan pasaran juga disasarkan kepada data utama inflasi Amerika Syarikat pada hari Jumaat, selain turut mendapat manfaat daripada kewaspadaan pelabur terhadap berita baharu dari China.

Pada sesi Asia, bandar Shanghai melaporkan satu lagi daerah ditutup untuk ujian coronavirus secara besar-besaran selepas menyaksikan lonjakan kes berikutan pembukaan semula bandar itu minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat