US dolar menyusut pada hari Selasa menjelang ucapan calon Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen yang dijadualkan pada malam ini. Yellen dijangka akan membincangkan keperluan rangsangan fiskal utama dan kadar pertukaran matawang.
US dolar mula menyusut selepas mengukuh sebanyak 2% setakat ini pada tahun 2021. Pengukuhan yang dicatat oleh US dolar adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh kebanyakkan para pelabur kerana kebanyakkan menjangkakan US dolar akan terus menyusut.
Walaubagaimanapun peningkatan hasil perbendaharaan U.S telah mendorong pengukuhan US dolar dan membuatkan para pelabur lebih berhati-hati. Menjelang ucapan Yellen, penganalisis ING berpendapat Yellen cenderung untuk memanfaatkan kos pinjaman yang rendah dan pentadbiran baru komited agara US dolar ditentutukan oleh pasaran. Pandangan ini memberi tanda bahawa US dolar yang lemah bakal menjadi pilihan.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.40% kepada paras tukaran 90.390 setakat jam 10.10 p.m.
Disisi lain matawang Euro yang mencatat pengukuhan besar berbanding US dolar kembali kehilangan posisi dengan susut dengan mengukuh sebanyak 0.56% kepada paras 1.2143 setakat jam 10.10 p.m. Matawang GBP walaubagaimanapun masih mengekalkan trend yang positif berbanding US dolar.
Di samping itu, kenaikan harga harga komoditi dalam beberapa bulan terakhir telah meningkatkan mata wang negara-negara eksport komoditi yang besar, seperti Australia dan Kanada.
Pasaran kini memberi tumpuan pada ucapan Janet Yellen.