Apa Jadi Pada Pasaran Minyak Menjelang Hujung Minggu?

283

Harga minyak merosot ketika pasaran menuju dagangan penghujung minggu, dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada pertemuan OPEC pada minggu depan untuk berbincang mengenai pengeluaran akan datang.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit susut di sekitar harga $78 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diperdagangkan pada $74.80 setong.

Pada sesi sebelum ini, kedua-dua penanda aras telah mendapat sokongan untuk meningkat susulan kenyataan Perdana Menteri China, Li Keqiang memberitahu bahawa negara itu bersedia untuk membeli lebih banyak bekalan untuk menghadapi musim sejuk.

Ini dilihat dapat mengimbangi kesan daripada kenaikan inventori minyak mentah AS dan pengukuhan US dolar.

Komoditi hitam mengakhiri dagangan September dengan prestasi memberangsangkan, di mana minyak mentah Brent mencatatkan kenaikan sekitar 10%, sementara WTI Amerika Syarikat pula telah meningkat sekitar 9%.

Tumpuan pasaran kini disasarkan pada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, OPEC+ pada minggu depan, di mana pengeluar akan berbincang mengenai rancangan pengeluaran pada bulan November dan Disember yang pada awalnya ditetapkan sebanyak 400,000 tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat