Apa Yang Berlaku? Ketegangan China-Taiwan Semakin Memuncak Menjelang Lawatan Pelosi!

637

Taiwan dilihat bakal berhadapan tekanan dari China dengan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi dijangka tiba di pulau itu pada lewat hari Selasa. Dimaklumi bahawa lawatan beliau tidak mendapat dukungan daripada White House dan ini adalah kali pertama pegawai kanan AS melakukan sedemikian dalam beberapa dekad.

Pelosi merupakan pegawai ketiga tertinggi dalam kerajaan AS dan pengkritik lama Beijing. China disisi lain telah berulang kali memberi amaran terhadap lawatan tersebut dan pada hari Selasa mengeluarkan amaran jika A.S tidak menuruti apa yang diperkatakan maka A.S “membayar harganya”.

Pada hari Selasa China menghantar pesawat pejuang sehingga ke garis tengah, garis pemisah tidak rasmi di Selat Taiwan antara tanah besar China dan Taiwan, dimana ini menunjukkan China benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan. Bukan itu sahaja latihan menembak juga disiarkan secara langsung.

Kementerian pertahanan Taiwan berkata ia memahami sepenuhnya aktiviti ketenteraan berhampiran pulau itu dan berazam untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman China.

Pelosi telah memulakan lawatannya ke Asia pada hari Ahad tanpa menyebut Taiwan dalam jadual perjalanannya. Beliau setakat ini telah melawat Singapura dan Malaysia, dan juga telah dijadualkan untuk berhenti di Korea Selatan dan Jepun.

Walaubagaimanapun, telah terdapat laporan yang tersebar secara meluas bahawa beliau akan melawat Taipei dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Taiwan pada hari Rabu.

Pada hari Selasa, Perdana Menteri Taiwan Su Tseng-chang berkata Taiwan “menyambut baik” mana-mana tetamu luar dan “akan membuat pengaturan yang paling sesuai” untuk mana-mana pelawat.

Lawatan Pelosi di Asia itu telah menimbulkan ketagangan kepada banyak pihak terutamanya kepada White House. Presiden Joe Biden pada minggu lalu berkata tentera AS percaya lawatan Pelosi ke Taiwan “bukan idea yang baik buat masa sekarang”.

Perkembangan geopolitik pada ketika ini dengan peran Rusia-Ukraine telah menambahkan hal ini semakin rumit. China melihat bahawa tindakan lawatan ke Taiwan sebagai satu agenda. Konflik ini telahmula beri impak terhadap pasaran saham teknologi terutamanya.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat