Apakah Yang Akan Berlaku Selepas PM Johnson Menyerahkan Surat Penangguhan?

466

Kerajaan Britain menetapkan pendirian untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober walaupun PM UK Boris Johnson telah menyerahkan surat memohon penangguhan Brexit berikutan keputusan undian parlimen yang memaksanya berbuat demikian.

Kerajaan dikatakan telah merancang untuk membincangkan dan berhujah mengenai perjanjian Brexit yang dicadangkan oleh Johnson dan mengundi sekali lagi pada Isnin, menurut Jacob Rees-Mogg, ketua House of Commons.

Bagaimanapun, John Bercow, speaker House of Common menyatakan beliau akan memerintahkannya sama ada ia dibenarkan atau tidak selepas beberapa ahli parlimen bersuara bahawa ia akan melanggar konvensyen parlimen kerana tidak boleh diundi dua kali dalam sesi yang sama.

Sementara itu pada Sabtu lalu, Johnson turut memberitahu parlimen bahawa kerajaan akan memperkenalkan undang-undang yang diperlukan untuk Britain meninggalkan EU pada minggu ini.

Ahli parlimen akan mempunyai peluang untuk membawa perubahan kepada undang-undang misalnya Parti Buruh Starmer serta McDonnell mengatakan bahawa parti tersebut akan mengemukakan pindaan termasuk mengenai isu-isu seperti melindungi hak pekerja.

Perubahan yang dicadangkan oleh ahli parlimen juga mungkin termasuk keperluan untuk referendum pengesahan mengenai perjanjian tersebut walaupun tidak jelas sama ada ia cukup untuk menyokong cadangan tersebut.

Terdahulu, PM Johnson telah menghantar surat permohonan penangguhan yang tidak ditandatangani dan disertai bersama satu lagi surat yang ditandatangani untuk menunjukkan keengganan beliau dalam penangguhan Brexit.

Sekarang, ia terpulang kepada EU27 untuk meluluskan penangguhan tersebut. Pada peringkat ini, satu-satunya cara no-deal Brexit untuk berlaku adalah jika tidak ada kelulusan sebulat suara daripada kalangan ahli EU27 mengenai keputusan itu.

Persoalannya, adakah mereka akan meluluskan permohonan tersebut atau menunggu tindakan oleh parlimen Britain yang seterusnya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat