AS & China Punya Pasal, Harga Minyak Terbenam Rendah!

160

Harga minyak menjunam ke paras terendah dua minggu pada sesi Asia selepas mencatatkan kejatuhan selama dua hari berturut-turut disebabkan sentimen ekonomi China yang menyuramkan.

Ketika penulisan, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan suram pada sekitar harga $83.40 setong selepas jatuh hampir 2% pada hari Rabu.

Sementara dagangan minyak WTI Amerika Syarikat pula merosot pada sekitar harga $79.30 setong susulan kerugian 2.2% yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Kejatuhan tidak dijangka dalam bekalan minyak mentah AS pada minggu lalu sebanyak 6 juta tong, gagal memberi impak kepada dagangan komoditi hitam itu disebabkan faktor lebih kuat dari China.

Ketidaktentuan ekonomi China menyebabkan pasaran minyak mentah dalam tekanan, meningkatkan kebimbangan terhadap permintaan perlahan daripada salah pengguna utama minyak dunia itu.

Ini susulan beberapa siri data ekonomi China yang menyuramkan baru-baru ini, yang menandakan kelemahan berterusan dalam pemulihannya dari Covid-19.

Selain itu, kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat yang berterusan susulan terbitan minit mesyuarat FOMC terbaru juga memberi kesan kepada pasaran.

Federal Reserve (Fed) dilihat masih mengekalkan pendirian untuk mengembalikan inflasi, mengatakan terdapat risiko ketara bahawa tekanan harga akan meningkat.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat