AUD/USD Cecah Penurunan Ke Paras Support 0.70200, Mampukah Harga Breakout Paras Tersebut Hari Ini?

483

Matawang dolar USD mula kehilangan momentum pengukuhan sejak semalam ekoran laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal dikeluarkan pada Jumaat. Pelabur mula berwaspada dan berkemungkinan mengambil dahulu keuntungan pada posisi belian USD menjelang laporan pekerjaan tersebut dikeluarkan.

Matawang komoditi dolar Australia pada minggu ini didagangkan merosot selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras 1.5% untuk 31 bulan berturut-turut pada Selasa.

Pada Rabu dagangan semalam, Aussie terus mengalami kejatuhan nilai susulan data pertumbuhan GDP untuk suku tahun keempat 2018 yang dikeluarkan pada sesi pasaran Asia semalam mencatatkan angka penurunan ke paras 0.2% lebih rendah berbanding jangkaan pasaran serta bacaan angka terdahulu. Penurunan pada angka bacaan tersebut juga adalah yang terendah sejak suku tahun ketiga 2016 yang lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, tumpuan adalah terhadap data jualan runcit di Kanada yang hanya mencatatkan kenaikan pada kadar 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.3% oleh pasaran. Namun bacaan data untuk bulan Januari tersebut adalah lebih tinggi berbanding -0.4% bacaan pada bulan sebelumnya.

Turut dikeluarkan bersama adalah data imbangan dagangan Kanada yang merekodkan lebihan dagangan meningkat kepada 4.55 bilion dolar Australia pada Januari 2019 dengan mudah mengatasi jangkaan penurunan AUD 2.85 bilion daripada AUD 3.77 bilion pada bacaan bulan sebelumnya.

Bacaan data yang positif tersebut berjaya melonjakkan kembali dagangan Aussie pada sesi pasaran Asia pagi ini selepas didagangkan merosot sepanjang minggu.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga telah pun membuat penurunan ke paras terendah sejak Januari lalu mencecah paras zon support 0.70200 berhampiran paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Namun harga kembali membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia pagi ini menuju ke paras Magic Pivot 0.7047  berikutan data ekonomi Australia yang berjaya mengekang kejatuhan berterusan Aussie.

Harga yang berjaya membuat kenaikan bakal menguji semula zon SBR (support become resistance) sekitar paras 0.70800 sebelum ke paras resistance lebih tinggi yang berada di sekitar 0.71500.

Namun, jika Aussie terus didagangkan lemah sementara USD pula terus mengukuh, harga boleh ditekan lebih rendah lagi sehingga mencecah ke paras zon support 0.6932 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support: 0.7003, 0.6976, 0.6932.

Paras resistance: 0.7074, 0.7119, 0.7146.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat