AUD/USD Sambung Pecut Lebih Tinggi Selepas Terbitan Minit RBA

195

Terbitan laporan minit mesyuarat bank pusat Australia pada sesi Asia hari ini dilihat menyokong pengukuhan mata wang dolar Australia.

Meneliti butiran minit, penggubal dasar Reserve Bank of Australia (RBA) dilihat komited untuk meneruskan langkah pengetatan polisi dengan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 atau 50 mata asas dipertimbangkan untuk mesyuarat berikutnya.

Kadar faedah semasa walaupun telah dinaikkan diakui masih lagi rendah oleh pihak bank pusat dalam berdepan risiko peningkatan inflasi yang berterusan.

Mata wang dolar Aussie berjaya memulihkan semula pengukuhan berbanding US dolar di sesi Asia selepas menerima sedikit susut pada dagangan menuju penghujung sesi New York sebelumnya.

Menilai pergerakan semasa harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga dilihat telah memaparkan corak bullish sejak penghujung minggu lalu lagi ekoran penyusutan oleh US dolar sehingga bersambung pada dagangan pembukaan awal minggu semalam.

Harga telah pamerkan kenaikan semalam mencapai paras ketinggian 0.68500 di sesi New York sebelum pelabur menyaksikan penurunan semula di penghujung sesi ekoran sentimen pasaran yang berisiko mencetuskan kembali peningkatan US dolar sebagai safe-haven.

Setelah menutup dagangan sekitar 0.68100 dan bergerak perlahan di sekitar tersebut bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini, harga kemudiannya telah melonjak selepas reaksi terhadap laporan minit RBA yang diterbitkan.

Pergerakan harga yang kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat untuk harga menyambung trend bullish.

Bersambung pada dagangan di awal sesi Eropah, kenaikan harga dilihat diteruskan untuk mengatasi paras ketinggian dicapai semalam sekitar 0.68500 tersebut.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, sasaran lebih tinggi harga berkemungkinan akan mencapai pada ketinggian sekitar 0.69000.

Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan lanjut bakal mensasarkan pula pada paras tumpuan berikutnya pada 0.7000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat