AUDUSD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

43

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $0.7335 ke setinggi $0.7400, sebelum menutup sekitar paras $0.7373; setelah permintaan untuk aset berhasil tinggi seperti minyak mentah dan ekuiti kembali pulih, dan pada masa yang sama, pelabur juga memfaktorkan satu lagi penurunan kadar dari RBA pada tahun ini.

Walaupun Aussie memacu naik pada awal sesi, sokongan belian telah dilesapkan selepas minyak mentah lemah dan pasaran saham jatuh dari paras tertinggi mereka. Tekanan tambahan juga datang dari kejatuhan harga bijih besi, satu lagi sumber pendapatan eksport Australia. Traderjangka panjang percaya jalan yang kurang rintangan adalah tekanan jualan, yang sebahagian besarnya kerana pertumbuhan ekonomi dijangka menjadi lebih perlahan.

Inflasi dijangka kekal rendah yang membuka pintu kepada satu atau lebih penurunan kadar oleh Reserve Bank of Australia dalam masa enam hingga dua belas bulan yang akan datang. Dalam satu berita lain, keyakinan pengguna Australia meningkat selepas pengumuman bajet yang terkini, tetapi Westpac berkata keputusan itu adalah lebih mungkin telah didorong oleh penurunan kadar.

Penganalisis melihat ada pertempuran antara trader jangka pendek dan jangka panjang. Trader jangka pendek bertindak balas terhadap faktor teknikal dan berita. Trader jangka panjang pula mencari peluang untuk menjual kerana mereka percaya RBA akan mengurangkan kadar lagi dan nilai Aussie akan menjadi lebih rendah. Strategi terbaik untuk trader jangka panjang adalah ‘sell-on-rally’. Trader jangka pendek pula perlu lebih fleksibel dan bersedia untuk perdagangan pada kedua-dua belah pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat