AUDUSD Analisa Fundamental Harian 29 Feb 2016

47

Aussie Dollar merudum lebih 135 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7115 sebelum menutup sekitar paras $0.7125; setelah ketiadaan data ekonomi dari Australia untuk menyokong Aussie.  Pada masa yang sama, laporan pertumbuhan ekonomi AS yang memberansangkan telah membantu sokongan belian untuk Dollar AS.

Dollar Australia telah bertambah kukuh sejak kebelakangan ini dengan harga komoditi yang mula menstabil.  Selepas jatuh ke paras enam tahun terendah sekitar $0.7240 pada 15 Januari lalu, Aussie telah memacu naik lebih 6% sepanjang enam minggu lalu, untuk menghampiri paras tertinggi tahun ini sekitar $0.7300 yang dicapai pada hujung tahun lepas.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran hadapan, kontrak belian Aussie mendapat sambutan dengan CFTC melaporkan kedudukan belian bersih para spekulator terus mencatatkan peningkatan. “Open interest” untuk kontrak Mac terus meningkat kepada 121,395 kontrak dengan nilai bidaan tertinggi $0.7250 sebelum menutup sekitar paras $0.7120.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat